LOG:
2 September 2014 - Saya bersedia dengan penuh berkeyakinan, sedangkan subjek [DISUNTING] itulah antara yang tersukar dan saya memilih untuk belajar berkumpulan hanya pada subjek-subjek lain. Apa yang saya ingat saya alami di dalam dewan peperiksaan adalah perasaan cuak ketika tersangkut di tengah-tengah jalan penyelesaian, berperangai terhegeh-hegeh dalam menyelesaikan pengiraan (sedangkan masa yang diperuntukkan sangat tidak berkesempatan) serta perasaan hampa ketika begitu banyak 'lohong' yang masih saya ingat saya telah siapkan, sedangkan pada waktu itu masa semakin suntuk. Itulah antara 'mental breakdown' yang paling berat pernah saya alami sebagai seorang calon peperiksaan.
5 September 2014, 1800 - Syukur ke hadrat Ilahi setelah peperiksaan terakhir telah pun dapat ditamatkan. Subjek [DISUNTING] tampaknya lebih mudah diselesaikan berbanding subjek [DISUNTING] 3 hari lepas. Perbezaan antara peperiksaan hari ini berbanding peperiksaan 3 hari lepas sungguh memeranjatkan. Jadual yang ditetapkan oleh pihak pengurusan juga secara peribadinya saya fikir tidak berapa adaptif dan adil bagi semua pihak dalam batch [DISUNTING].
HASIL SIMULASI:
1) FOKUS (rujuk AL-LD-04): Di samping penjadualan yang agak ketat dan mungkin agak berat sebelah, meter fokus pada minda saya seharusnya menjadi lebih terangkat daripada yang biasa untuk menumpukan perhatian seketat-ketatnya berikutan masa persediaan yang sangat singkat dan ianya berjaya.
2) KEUTAMAAN (rujuk AL-LD-05): Walaupun kecenderungan meningkatkan fokus itu berjaya, namun ia masih gagal dalam meletakkan keutamaan kerana antara kesilapan yang saya lakukan adalah tidak fokuskan pada subjek-subjek yang sepatutnya saya dahulukan berbanding subjek-subjek yang datang peperiksaan pada hari kemudiannya.
3) KEYAKINAN (rujuk AL-LD-03): Sebenarnya saya memang sudah bersedia dengan baik untuk subjek 3 hari lepas itu, cuma yang menjadi masalah adalah apabila saya hanya bersedia dengan belajar sendiri tetapi tidak banyak merujuk pada kekuatan berkumpulan untuk membuat latih tubi sebanyak-banyaknya. Akibatnya saya terlalu berkeyakinan (overconfident) dan akhirnya selepas itu, sifat yang terlebih itu turut membunuh.
KONKLUSI UMUM:
1) Jadikan apa jua ancaman yang terdekat bagi anda sebagai sumber untuk terus FOKUS.
2) UTAMAkan perkara-perkara yang perlu anda selesaikan terlebih dahulu dalam hidup.
3) Jangan terlalu berKEYAKINAN tinggi selagi persediaan yang anda lakukan sebenarnya belum cukup membantu anda.
LAPORAN DISEDIAKAN OLEH:
Z-ALSY-9601